Oct 30, 2010

B U L A N




hanya gambar hiasan




bisikku pada bulan..



bulan khabarkan padanya bahaa aku amat merinduinya,


bulan khabarkan padanya bahawa setiap saat yang berlalu aku tidak pernah melupakannya,


bulan khbarkan padanya bahawa setiap saat dan waktu yang berputaraku sentiasa berdoa agar kita dapat bersama semula,


bulan khabarkan padanya bahawa aku tetap setia pada cintanya,


bulan khabarkan padanya bahawa hanya memori masa lalu yang menjadi peneman diriku,


bulan khabarkan padanya bahawa cintaku padanya tidak pernah surut dan luput,


bulan khabarkan padanya bahawa tiada lain yang ku dambakan selain kebahagiaannya,


bulan khabarkan padanya bahawa setiap langkahnya aku sentiasa mengiringi doa agar dia selamat,


bulan khabarkan padanya bahawa aku tetap mendambakan kasih sayangnya,


bulan khabarkan padanya hanya dia yang mampu memberi sinar menerangi alam hidupku,


bulan khabarkan padanya bahawa hampir setiap malam aku mimpikan wajahnya hadir menemani lenaku,


bulan khabarkan padanya bahawa diriku sunyi seperti malam yang sepi,


bulan kaulah sahabat yang paling setia menemani aku dikala derita menanggung sepi dan rindu,


bulan tolong tengokkan dirinya agar dirinya sentiasa baik dan selamat,


bulan jika ia bersedih sinarilah ia dengan cahaya keindahanmu agar terubat hatinya,


bulan jika ia bahagia kau pancarilah cahayamu seterang taman hatinya,


bulan jika ia menangis kesedihan kau relakan dirimu menjadi peganti diriku,


bulan jika ia mengadu padamu tentang kekusutan hatinya kau jadilah seorang pendengar yang setia,


bulan kau pinjamkanlah keindahanmu kepadanya dikala ia bermuram durja,


bulan aku hanya mengharapkan bantuanmu kerna siapalah aku dihatinya kini.........


hanya seorang pengemis cinta............

2 comments:

  1. salam...

    'bulan' itu jauh....sejauh renungan masa.....namun punya rasa yang menyentuh jiwa.....

    ....saya suka luahan bersahaja awak....olahan rasa yang indah........moga bulan mendengar dan memperdengarkan rasa yang awak luahkan......

    ReplyDelete
  2. oh bulan..kalau lah kau betul2 boleh mendengar dan menunaikan impian kami..alangkah indahnya...

    ReplyDelete